Thursday, February 17, 2011

Roti Jala Dan sambal tumis bilis


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Kemarin duk jalan-jalan blog masakan rasa excited pulak tgk Hana buat roti Jala kat sini
Tapi versi Hana punya cantik jek..yg I punya kaler dia pucat....huhuhu...tak ada pewarna..tak pa..lain kali kita buat lain na..hehe....





RESEPI ROTI JALA
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning (I tak der so tak letak)
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.

Untuk Sambal tumis bilis tu
  • 12 Tangkai cili kering (direbus sekejap dan diramas untuk dibuang biji2nya *
  • sedikit belacan (dalam 1")*
  • bawang merah 4 ulas*
  • sejemput ikan bilis (dibersih dan ditoskan)*
  • 2 cawan air *
  • secamca kecil garam
  • secamca kecil gula
  • Semangkuk kecil ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • sedikit air asam jawa
  • 5 sudu besar minyak masak
cara-caranya adalah

  • Blendkan bahan yang bertanda bintang hingga lumat
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
  • Setelah minyak panas masukkan bahan yang telah diblend bersama air perahan asam jawa
  • Selepas 10 minit masukkan ikan bilis , garam dan gula.
  • Biarkan sekejap setelah kelihatan agak berminyak boleh ditutup api dan dihidangkan bersama roti jala tadi.
Uploaded with ImageShack.us

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anniversary ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

halwa telinga

Followers