Wednesday, February 24, 2010

tiramisu

Salam semua apa habaq..semalam Cheq An dah cuba masukkan n3 nih, tapi tak tau tang mana silapnya..p keluaq gambaq lain...besalah kan..baru belajaq...Ok nih kek yang anak dara Cheq An mintak retu..Tiramisu Kek...Resepi kek nih, Cheq An godek2 dalam Blog Kak Hana yang sgt rajin tu..senang ja cara nak buat dia...

Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine (Cheq An x dak stok tepung nih, so ganti dgn tepung kek)
  • 150g gula kastor(Cheq An pakai Gula halus)
  • 5 biji telor gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 80ml air
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Resepi Tiramisu
Bahan-bahan
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek-Cheq An gune sponge kek di atas
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream(yg nih x dak stok jugak, so pakai susu cair)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Potong kek pada 2 bahagian.
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek.
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Tuesday, February 23, 2010

Crochet Hat



Ni projek crochet Cheq Ann ... sajalah tgk ada blog buat hat cantik..Cheq An pon sajalah cuba-cuba..dulu masa time sekolah menegah selalu jugak buat alas Tv, sarung bekasa ayaq..pastu masa Cheq An kawen 8 tahun lepas, Cheq Ann buat bekas bunga teloq.....Cheq An ambik masa 2 hari nak buat 2 topi nih..berbaloi2lah sebab anak2 pon suka pakai..

Lye Huat Garden aGAIN...

Hari jumaat 19hb Feb 2010 retu, kami anak beranak pergi zoo yang dikenali sebagai Lye Huat Garden..yang terletak dia Napoh Changloon..mula2 dulu Cheq An ingatkan Zoo nih tempat org juey pokok bunga dan bonsai. Bukan apa di pintu masuk zoo nih penuh dengan pokok2 bonsai. Mungkin disebabkan pemilik dia chinese so hiasannya lebih terarah ke situ..ok kita layan antara gambar yg dapat dirakamkan..ok..zasss..opppsss..sebelum tu cheq An silap pi tulih http//:mfz3108.blogspot.com...patutnya http://mfz3108.blogspot.com..heheh..















Mak njang pon teringin nak jadi Merlin..



















berbebut nak naik horse..















Abah sedang menggunakan kepakarannya untuk memujuk kak long turun..















Pandai betui bear nih..nampak kami aja, depa berdiri..kununnya "welcome us" lah..















Cengei betui rimau nih..tak senang duduk dia..tgk kami kami dok ushar dia..adik kata " tak mau awan ngan tiger..adik nak awan ngan fish aja"..heheh














Tengok apa tuh...tgk cat..














Mau kata hatuh dalam kolam tu jenuh...














Kak long takut nak naik elephant replika...















Adik steady aja...cayalahhh
















Ni lah ikan yang anak cheq An suka sangat tu...




















pakat-pakat dok pulun bagi ikan makan.


















bergambar bersama di pintu masuk Lye Huat Garden..yang kiri sekali tu adik ipaq Cheq An..dia dok praktikal kat UUM la ni...psstttt single lagi nih..kalau ada yang berminat bulehlah hantaq mai resume...keh keh keh...sib baik ada dia..kalau tidak jenuhlah nak kepung anak tupai dua ekoq tu..

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai Xin Nian Kuaile

Selamat Tahun baru cina semua untuk kengkawan yang menyambut Tahun Baru cina..tahun ni tahun Harimau ya...Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Semoga Tahun ini memberi satu semangat untuk kita semua terus bersaing di zaman yang serba mencabar ini... Semoga tahun ini memberikan imuniti kepada syarikat yang cheq An kerja agar mampu bertahan di saat banyak Syarikat Pembinaan yang telah gulung tikar...Alhamdulillah Tahun ini memberi permulaan yang baik apabila boss cheq An dah p ke Kuala Lumpur untuk sign Letter Offer buat projek baru...projek biotek teknologi..Taman Herba di Batu pahat. Oklah..lastly but not least..Dengan semangat satu malaysia kita sambut Tahun Baru Cina...pssttt..jiran mak Cheq An kiri kanan depan belakang berbangsa Tiong Hua..tu yg semangat sgt tu..mlm ni Cheq An pon makan besaq gak..semua adik beradik berkumpul rumah mak..nak bakar ikan, sotong, udang...semua bahan dah dibeli dah..ok till then bye bye...selamat bercuti...berhati-hati semasa memandu.

Friday, February 5, 2010

Bahulu gulung untuk bapak mertua kuuuu

Esok Cheq An akan balik Kampung sebelah husben kat Kepala Batas Pulau Pinang... bapa mertua awai-awai lagi dah pesan suruh bake bahulu gulung kat dia...nih faveret my mertua nih..Dah banyak kali buat dah...resepi ni ambik dari myresepi...nih cheq An buat 3 bijik...dua bijik untuk bawak balik kampung lagi sebijik anak cheq An hat sulung dah ngappp..dah..heheh..

nih Cheq An habaq secara ringkaslah no..cara-cara dia..mula2 masukkan 9 bijik telor dan 270 gram gula halus...putar pada kelajuan yang tinggi selama 10 minit..sampai dia betui2 kembang..

















tengok tu...hand mixer cheq An...dah lama hand mixer ni berbakti pada tuan dia...hadiah dari tokey kedai mas..Noraini Jewelery..dia kasi hadiah masa p beli barang kemas masa kawen dulu ..lama dah 8 tahun dah..





Ehhh...sambung balik na...masukkan 1 setengah sudu teh baking powder..








dan sukatan yang sama untuk esen vanila









Lepas tu timbang tepung gandum 300gram..masukkan dalam mangkuk adunan. Kacau sampai sebati...









Selepas itu bahagikan kepada dua bekas dan warnakan sesuka hati..dalam resepi dary myresepi x dak pon lagu nih..hat nih saja pandai2 tambah...hehehe






Lepas tu masukkan kertas minyak ke dalam loyang dan sapu sedikit minyak...







masukkan adunan tanpa pewarna dahulu dan masukkan adunan yang diwarnakan seperti di dalam gambar.








Dengan menggunakan garfu..buat corak seperti berikut...kunun2nya lawalah tu...








Selepas itu bolehlah dibakar selama 10 minit...










setelah masak, angkat dan terbalikkan di atas kertas minyak..sapukan jem bg rata dan gulung semasa ia masih panas...







dan hasilnya...taraaaaa..... bubuh warna merah ni bukannya apa..sempena Tahun Baru Cina..Bahulu Gulung Satu Malaysialah katakan...





awat hat satu lg tu gulung x sama besaq x tau...hantam sajalah labu...ngantuk dah nie..dah pukui 2 pagi . Anak hat sulung tu balik dari rumah tok dia tadi dia tidoq dalam keta..angkat masuk dalam rumah pon sambung tidoq....tup tup kui doblas bangun pulak...punyalah lapaq..dia makan hbs satu bijik bahulu nih...hahaha..kan apa nak habaq kat hampa betapa sedapnya bahulu nih...kui kui kui...



Menu malam ini...mmmm..

Hari ni hubby Cheq An..mintak orang office tolong belikan udang lipan atau ada jugak orang panggil "udang ketak" kalau orang belah utara panggil lagu tu lah..tempat lain x taulah pulak cheq..memandangkan perut masing-masing dah malas nak pekena nasik jadi kami decide bakaq dan ratah aja udang tu..Selalunya sebelum ni, goreng bagi garing aja..tapi hari ni teringin nak bakaq pulak. Menurut kata orang udang ni sedap kalau kita buat stok atau air pati udang untuk masak mee bandung..mee rebus..mmm.. teringin mee rebuih pulak dah..heheh...mai kita pakat-pakat tengok gambaq2 yang sempat disnap tadi...

Kalut aja budak kecik ni...bila dah siap bukan dia makan sangat pun...


mmmm...dah siap pun...sedap isi dia...mcm isi ketam...padat lak tu ... ni la untungnya duduk dekat2 pantai nih...senang nak dapatkan makanan laut..tapi kolestrol tu...x payah ceritalah...hahaha...

Thursday, February 4, 2010

Dah siap dah projek jahit menjahit mok cik..

Alahamdulillah akhirnya projek menjahit cheq An dah berjaya disiapkan..dah siap dari minggu lepas lagi, tapi tak sempat nak postkan dalam blog...walaupon tidak mengikut spesifikasi yg telah dirancang sebelum nih.. sebab ada yg cheq An ubah suai sikit..sebab cheq An jumpa kain renda lama hat dok dalam simpanan...meh kita layanzzz...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anniversary ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

halwa telinga

Followers