Resepi Sponge Cake
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 150g tepong super fine (Cheq An x dak stok tepung nih, so ganti dgn tepung kek)
- 150g gula kastor(Cheq An pakai Gula halus)
- 5 biji telor gred A
- 1 sudu besar ovalette
- 80ml air
- 80ml minyak / mentega cair
- 1 sudu teh serbuk penaik
- satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
- perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
- tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
- bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
Resepi Tiramisu
Bahan-bahan
Bahan-bahan
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek-Cheq An gune sponge kek di atas
- 250g cream cheese
- 200ml whipping cream(yg nih x dak stok jugak, so pakai susu cair)
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream.
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
- Potong kek pada 2 bahagian.
- Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek.
- then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek.
- Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
- kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
No comments:
Post a Comment