Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Udang Masak Merah


Bimillahhirrahmnirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saja nak tayang bekal I for today...pepagi tadi masak nasik, goreng udang kunyit sikit then buat jugak udang masak merah...simple ja...



reni tak ada sayurnya...so I put some kacang peas..I give u all resepi sikit yea..ahaks..
Pepagi buto..tak sempat nak snap gambar kat rumah. So tadi masa nak makan lunch I snap photos my pinggan nasik..hehe..
UDANG MASAK MERAH: SUMBER : htt://mfz3108.blogspot.com

Bahan-bahan:

  • Udang besar (4 ekor) dibersihkan dan ditoskan
  • cili kering 6 biji (direbus , di ramas buang biji)*
  • bawang besar seulas*
  • halia seinci*
  • Sos tomato (life) 2 camca besar
  • 1/2 cawan kacang peas
  • 3 camca besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Blendkan bahan-bahan bertanda (*)
  • Panaskan kuali, tumiskan bahan-bahan bertanda (*)
  • Setelah bahan2 tadi naik minyak masukkan sos tomato, kacang peas , garam dan gula.
  • biarkan sebentar dan bolehlah ditutup api dan hidangkan..

Ok!..itu aja...senangkan..hehe...taktaulah lidah dan tekak uolls but for me..sedaplah kan..ahaks..


Lot of luv

Uploaded with ImageShack.us

Thursday, February 17, 2011

Roti Jala Dan sambal tumis bilis


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Kemarin duk jalan-jalan blog masakan rasa excited pulak tgk Hana buat roti Jala kat sini
Tapi versi Hana punya cantik jek..yg I punya kaler dia pucat....huhuhu...tak ada pewarna..tak pa..lain kali kita buat lain na..hehe....





RESEPI ROTI JALA
source : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ susu segar@santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • pewarna kuning (I tak der so tak letak)
Cara-cara
  • Blend semua bahan sebati. Pastikan tiada tepung yang berketul2 yang boleh membuatkan acuan tersumbat.
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak.
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. Angkat dan lipat@gulung ikut suka.

Untuk Sambal tumis bilis tu
  • 12 Tangkai cili kering (direbus sekejap dan diramas untuk dibuang biji2nya *
  • sedikit belacan (dalam 1")*
  • bawang merah 4 ulas*
  • sejemput ikan bilis (dibersih dan ditoskan)*
  • 2 cawan air *
  • secamca kecil garam
  • secamca kecil gula
  • Semangkuk kecil ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
  • sedikit air asam jawa
  • 5 sudu besar minyak masak
cara-caranya adalah

  • Blendkan bahan yang bertanda bintang hingga lumat
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
  • Setelah minyak panas masukkan bahan yang telah diblend bersama air perahan asam jawa
  • Selepas 10 minit masukkan ikan bilis , garam dan gula.
  • Biarkan sekejap setelah kelihatan agak berminyak boleh ditutup api dan dihidangkan bersama roti jala tadi.
Uploaded with ImageShack.us

Sunday, October 31, 2010

Sotong Goreng Kunyit

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..pagi ni, masak sotong goreng kunit untuk kak long bawak bekal p sekolah...my daughter jenis yang suka bawak bekal, she said sooo not intrested to Q, nak beli food kat canteen.


So I made this...very simple onle..but still want to give the recipe...:P
bahan-bahan:
sotong saiz sederhana dalam 5 ekor
kacang buncis 6 batang
Cili merah satu biji
bawang besar +bawang putih
halia
minyak
garam
kunyit
gula
Caranya:
1. Siang sotong dengan membuang benda hitam tu, buang gigi dan mata dia.. di basuh bersih dan ditoskan.
2. lumur garam dan kunyit perap seketika.
3. sementara itu potong kacang buncis
4. Halia dan bawang ditumbuk kasar
5. gorengkan sotong dengan sedkit minyak, jgn terlalu lama..bila dah agak masak angkat dan toskan.
6. Dengan lebihan minyak yang ada tumis bawang dan halia..lepas naik bau masukkan kacang buncis.
7. masukkan sedikit gula
8. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan masukkan Cili merah.
ok..tu ja...mudah bangeett..

Uploaded with ImageShack.us

Friday, October 29, 2010

Kek Oren

Bismillahhirrahmirrahim
Salam semua....haaaa...here it comes again what I call semangat gilak baking...hahaha
baked cake again last night...it was kek oren ambik resepi from my resepi here.
Very moist and lembut...sedappp...very simple one..
but it turned out was very great!


ini dah siap potong untuk bwk mai opis...
:)

ni sedia untuk dingappppp but I think the oren color shoul be more..so that i will looked more seksi...sikalang kaler dia mcm pudar...
ok enough rambling now the resepy

Bahan-bahan ( satu family leh mkn.. )
250gm tepung gandum
175gm gula halus
175gm butter
2 sudu besar fresh milk
1 sudu teh baking powder
1-2 sudu teh parutan kulit oren
3 biji telur
jus dari 1 biji oren
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu-satu.
Masukkan tepung, parutan kulit oren, fresh milk dan jus oren. pukul sebati.
Bakar hingga masak..(45min-1 jam..bergantung pada oven)
try yer jgn x try
best regards...
Uploaded with ImageShack.us

Thursday, October 28, 2010

Japanese Cotton Cheese Cake

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamulaikum dan salam sejahtera..lama tak update blog...tak sempat..anak kalut exam final..
mama depa pon kalut jugaklah..saja buat2 kalut..ahaks.
malam kemarin buat kek nih..sedap wey....x rugi buat...rasa dia sesedap nama dia.. :)
Kek cek ada ada kehangitan sikit..tapi tidak mencacatkan rasa dia...
mmmm...marvelous...walaaa..
see...nampak kan..tekstur dia..gebu ya amattt... wapon ada sedikit hangit..sebab tempreture oven kan x sama..I tak sempat adjust..but the taste still good..
cuba ya..ni resepinya..
I C&P dari blog sini..banyak kek beliau yang menarik perhatian, nanti nak cuba kek lain pulak..

Bahan-bahan ( 8-inci )Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk) -x dak so i guna whipping cream
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine -guna tepung gandum jek + 1 tsp baking powder
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
Cara-cara:-Utk adunan A:
1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje


Uploaded with ImageShack.us

Sunday, October 17, 2010

Menu malam nie..Mee goreng basah dan Oreo Ciskek

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Malam nih kami sekeluarga makan Mee Goreng Basah dan Oreo Ciskek.. yummmm..yumm..yummm


Ini rupa Oreo Ciskek tu..ini yg versi tak perlu bakar punya.

Ini pulak mee goreng basah..malas pulak nak taip resepi next time ya..:)


Uploaded with ImageShack.us

Thursday, October 7, 2010

Udang Masam Manis,

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Today nakkongsi resepi Udang masam manis
Bialahlah nama aja resepi but I nih jenis kalau masak pesen campak-campak aja.. :)
Masakan nih i usually do if rasa malas nak masak and bahan-bahan masakan x berapa nak ada org kata hehe
Bahan-bahan dia:-
Udang saiz sederhana dalam 8 ekor dibersihkan, dilumur garam dan kunyit dan digoreng garing
Bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
halia (ketiga-tiga bahan di atas ditumbuk)
secawan air
sos tomato secamca besar
sos cili 3 camca besar
nenas kiub dalam tin tu..(tin kecil)
garam dan sedikit gula


cara-caranya mudah saja
tuis bawang dan hali tadi
setelah naik bau, masukkan secawan air, sos cili, sos tomato, garam dan gula
stelah mendidih masukkan nanas kiub tadi
kemudian apabila kuah mula memekat, masukkan udang yg telah digoreng...taraaaa..siap

beginilah rupanya..bolehlah kan..untuk isi perut yang tengah berkriuk...

ok best regards

Uploaded with ImageShack.us

Tuesday, October 5, 2010

cucur udang dan kuah kacang

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Lamanya x update..x sempat..so today nak share what i cooked last night.
cucq udang dan kuah kacang kata org perlis...i read it at myresepi..who is the owner of the resepi I can't remember...



inilah rupa cucoq udang cheq...
resepi dia senang aja..
sedikit udang..i guna 2 ekoq ja, sebab udang cheq besaq ...
sedikit bawang diracik haus
semangkuk kecil taugeh
semangkuk kecil kuchai
tepung gandum..dalam 3 cawan
garam dan gula
sebiji telur
dan sedikit air untuk menggaul..
campur semua bahan dan gaul...kemudian bolehlah digoreng..

untuk kuahnnya pulak...setengah cawan kacang tanah..digoreng dgn minyak
resepi asal guna cili boh i x dak so i use serbuk cili yg dibancuh dgn air
bawang merah 2 ulas
garam gula
air asam jawa
semua bahan diblend
tumiskan dgn minyak dan biarkan kuah memekat dan boleh tutup api.



nak tengok udangnya tak? nihhhlah dia....besaq kan...dua ekoq ja i guna..then i hiris2 bg jadi bnyk pieces..

memang sedap..selamat mencua ya...
best regards
Uploaded with ImageShack.us

Friday, August 20, 2010

Mixer baru cheq..

Bismillahhirrahmanirrahim
Beriya-iya mintak boyfriend I beli mixer baru...heheh..ada nak jadi projek biskut raya pon x taulah...

jangan main2..ada turbo tu...boyfriend kata jgn teKan kerap2 satg engine blown...heheh
mcm main game pulak...

ada function untuk lecek buah-buahan lembut jugak. mcm tomato ka.

kali nih beli sekali yg ada basin dia. yg dulu dapat free aja, hadiah masa kahwin. Thanks my boyfriend for his understanding...mau jugak beli kat girlfriend dia nih.. :)



Ini kotak luaq dia..mcm2 function kata apek tu...belilah x lugi...mana nak lugi...u untung lagi ada maaa....butui tak...
:D



Tuesday, August 10, 2010

Makan besaq together2 & P Dusun

Asalamualaikum semua...masa cuti hari sabtu retu kami semua adik beradik pakat2 balik kampung gathering together2..sajalah kan ..sebelum menyambut posa saja buat makan2 kenduri kecik2..nih gambar masa minggu lepas tu...


nih buahan yang ayah , adik-adik dan husben p ambik kat dusun...nih baru satu2 pokok ja depa ambik..x larat nak panjat...
tu pon x larat nak mkn..sampai batuk2 dah...

malam tu kami bakar-bakar sikit...bakar ayam...

bakar udang...


bakar jagung...mmmm......nyum2.....



nih budak yang rajin mengopek jagung...rajin sungguh...x sakit tangan ka..heran betui...x padan ngan tangan kecik tu...pandai anak mama...muah muah muah...
ada lagi tapi tak sempat ambik gambar..masa makan tengahhari kami bakaq ikan siakap 3 ekor, gulai daging ngan betik , ulam-ulaman, sambal belacan dan kerabu taugeh....ish ish ish..menitik ayaq liuq nih bila diingatkan balik menu tu.... :D

Friday, July 9, 2010

Puding kek karamel

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum...
Semalam ada request from my sister in law..she want to eat cake..I said my mixer rosak...x larat nak pukul dengan whisk kalau nak buat kek...
But I said I can make cake yg x payah pukul bnyk2...heheh..so I google dlm internet and found this resepi from Nina aka SLK...dia ambil dari yani MYR..

aduh terliuq bangett sih....
sedap sangetttt...
bukan kerana I yg made it..
but memang org yg bg resepi tu pandai buat ukuran..memang menjadi..

bahan2nya adalah..

Untuk karamel:

1. 60gram gula

2. 1 sudu besar air

3. Dua sudu besar air

Untuk puding

1. 500ml susu segar( i x dak so ganti ngan fresh cream)

2. 70 gram gula dan sedikit esen vanila

3. 4 biji telur

untuk kek span

1. 70 gram tepung gandum

2. 2 biji telur

3. 60 gram gula halus

4. 20 gram mentega dicairkan

cara2nya adalah..panaskan oven 170 darjah . sapu loyang dengan mentega lembut dan ketepikan.

sediakan karamel: masukkan gula dan secamca air dan masak hingga perang kekuningan..setelah lebih kurang ada bau2 hangit tu..masukkan 2 camca air suam dan tutup api.kemudian masukkan ke dalam loyang...semasa ia masih panas2..

sediakan puding: panaskan susu segar dengan gula..hingga gula hbs pecah dan sebati dengan susu..kemudian padamkan api..dalam bekas yang lain pukul telur secara perlahan..dan masukkan susu tadi secara perlahan sambil dia kacau ke dalam telur. setelah itu tuangkan kedalam loyang...

sediakan kek span:masukkan semua bahan2 kecuali mentega caiR ke dalam blender..kemudian blend sehingga kembang dan berwarna putih...setelah itu ,masukkan mentega dan kacau sehingga sebati...setelah itu tuangkan ke dalam loyang...bakar selama 40 minit. letakkan sedikit air suam di dalam dulang oven...so selamat mencuba... :)

Thursday, June 10, 2010

Ketam masak cili


Bismillahhirrahmannirrahim..

Semalam boyfriend bwk balik ketam ngan ikan temenung perut labuh...lemak gila ikan temenung tu lepas kami bakaq ..
pastu ketam tu i buat ketam masak cili ..bukan susah pon...ceh ceh ceh..(riak tu..) kiki
bahan2nya:

5 ekor ketam sederhana
dibasuh dan ditoskan
dan digoreng separuh masak
12 tangkai cili kering..bergantung pada kadar kepedasan masing2
sos cili 2 camca besar
2 btg serai ditik
sedikit bawang merah dan putih
garam dan gula
minyak untuk menumis
daun bawang untuk hiasan.

cara2nya adalah

ketam dilumur garam dan kunyit dan di goreng separuh masak
kemudian blendkan cili kering bawang merah dan putih.
tmiskan dengan sedikit minyak bahan yang diblend tadi sehingga naik minyak
masukkan sos cili ,serai, garam dan sedikit gula.
last sekali masukkan ketam yg telah digoreng separuh masak.
semasa nak menghidang, hiaskan dgn sedkit daun bawang...
ok siap untuk dimakan..





Friday, June 4, 2010

Mee Hailam


Bismillahhirrahmannirrahim..

nampak lain sikit dari che mat punya version
I punya kurang berkuah as my boyfriend suka pekat2 sket..
ikut kesesuaian lidah pemangsa la kan..



If boring x tau ank mkn apa selalunya mesti masak mee hailam, kueyteow hailam...bihun hailam..tambah2 kalau bulan posa lagilah...our iftar always with this kind oh dishes..resepi asal ambik dari blog mat gebu yg femes tu...
heheh..tapi biasalah..selalunya x penah cukup bahan..
apa yg i ada, i campakkan saja dalam periuk tu..dan tidak pernah berhenti berharap agar menjadilah masakan itew...
bolehkaaa camtu....hihi

Saturday, May 29, 2010

Shrimp Paste fried rice


Bismillahhirrahmannirrahim..

Gempak aja bunyinya..padahal kalau ditranslatekan ke bahasa melayu, bunyiknya jadi nasik goreng belashannnn...kiki...walaupon namanya ada sedikit bau yg kurang menyenangkan tapi rasanya cukup menggamit selera..semua orang tau buat kan nasik goreng nih..x yah bg resepi la noo...

Thursday, May 27, 2010

Yong Tau Foo Double Trouble


Salam semua..
.haaa..jgn ingat search dengan Wing saja leh buat trouble cheq pon buleh tau..
.last night we kinda teringin of something that not to heavy such as nasik or mee.
I teringin pasembor..my hubby teringin Yong tau foo. So I came out this idea how abaout we mix it together..hahaha...so this is what happen when those two mixed together2....

ni lah rupanya pasembor double troble cheq..
sedap ka x sedap ka boyfriend cheq dia main hantam saja
janji buat sendiri..
he's the reason why i like to cook..never ever stop to try my dishes sedap ka x sedap ka tetap sapu licin..

dlm fridge x dak bnyk bahan ada ini aja..so layann..


kangkung pon ada dua ikat aja...huhuhu


yang nih I punya feveret..timun dan sengkuang..

nih kuah dia..ada seseiapa nak resepi ..? anyone?..anyone..?..no one...
x pa..x mau pon nak boh jugak..

bahan2nya adalah:-

1. 12 tangkai cili kering di goreng dgn sedikit minyak..
2. kalau org utara panggil lenga....bahasa buku dia apa dia x tau..bahasa inggeris dia sesame seed
(lenga nih kena goreng dgn minyak yg minima cewwahh minima tuhh..)
3. sedikit belacan
4. 1 keping gula melaka
5. garam dan gula(kalau kurang manis)
6. 4 cawan air
7. sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah

cara2nya:

1. Blendkan cabai kering dengan air yg sedikit air.
2. masukkan gula melaka dan air ke dalam kuali sehingga gula sebati.
3. masukkan cabai kering yg dah diblend, belacan, garam gula..
4. biar sehingga mendidih lepas itu masukkan air tepung jagung yg telah dibancuh dan last sekali masukkan lenga atau bijan..haaa ingat dah....simpan sedikit untuk di tabur masa dihidangkan nanti.. resepi nih cheq x ingat dah ambik mana tapi rasanya dalam myresepi..Ohh satu lagik lupa...masukkan sedikit air tepung jagung ya..untuk tujuan memekatkan sedikit kuahnya...ish ish lupa pulak dah...

Monday, May 3, 2010

Gulai Ketam dan Nenas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini dinner kami semalam. Gulai ketam dan nenas.
Tak taulah resepi org lain this is mother resepi I see my mother buat ginilah..
ok check it out:-

Bahan2:

4 ekor ketam yg bersaiz besaq( tolong jgn belah dua..cuma kelar 4)
4 camca besar rempah kari babas
halia seinci
minyak untuk menumis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
seulas bawang besaq
bunga cengkih , bunga lawang, buah pelaga
nenas dikupas dan dipotong dgn ketebalan seinci
cabai hidup atau cili merah
serai 2 batang
garam dan gula
minyak untuk menumis


cara2nya:-

1. Tumbuk hali, bawang merah dan bawang putih.
2. tumis bahan yg ditumbuk tadi. apabila sudah kekuningan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelanga. kemudian masukkan rempah kari dan daun kari.
3. apa bila rempah tadi memekat, masukkan 3 cawan air.
4. kemudian masukkan ketam nanas, serai yg telah diketuk, garam + gula.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan bawang besaq yg dibelah 4, dan cili merah yg dibelah tgh..
ok siap...

Monday, April 19, 2010

Dinner Semalam

Last night I'm in a good mood. So I have cooked many things. My Boyfriend was the happiest person ever when I'm in a good mood in cooking. Here are my cooking last night...

karipap

Phad Ped Koong (Udang Masak Pedas)

Karipap yang belum di goreng ada lebih so I refrigerated it.

Prawn bakar percik


Most of the recipe above dishes I think most of people know how to cook it. Here I want to share how to cook Phad Ped Koong {Udang Masak Pedas} . Phad Ped is a popular Thai cuisine. Actually the most Popular Phad Ped is Phad Ped Pladuk{ Ikan Keli masak pedas}. I have change it to koong or prawn. The Ingredients are:-

500 Gram of Prawn
4 camca besar of Thai Chili Paste
2 labu Onion (ditumbuk)
3 batang of Lemon grass ( di ketuk)
4 helai dauin Limau Purut ( dihiris nipis)
4 inchi Kunyit Hidup not serbuk ok! (ditumbuk)
2 biji eggplant (dipotong 4)
garam and gula secukup rasa


Caranya:

Tumiskan bawang, apabila agak kuning masukkan thai cili paste. lemon grass, limau purut kunyit. Setelah naik minyaknya masukkan eggplant . Kemudian masukkan prawn yang telah di goreng berasingan terlebih dahulu. Ok siap! Kalau mau pedas boleh tambahkan cili padi...diketuk dan dimasukkan selepas memasukkan terung.

Saturday, April 17, 2010

Masalavade [ masalodeh]


Salam...Last night wat nih..masalodeh. Sedap gak..next time want to do it again, very easy..Still remember dulu2 suka sangat beli nih kat stesen bas Alor Setar , ada mapeley, juey ..sedap sungguh...this time my turn to do it myself..not bad setaraf gak ngan dia..muahahaha..

* Dua gengam kacang parpu {direndam semalamam}
* dua batang daun kari {dileraikan daun dan dipotong halus}
*secamca kecil jintan manis{ditumbuk}
*sebiji bawang besar {dipotong dadu}
*cabai kering/cabai melaka/cabai besaq{ikut rasa sendiri mau pedas ka dak}
*sebiji telor
*garam + gula secukup rasa

cara2nya:-

Kacang parpu dikisar jgn terlalu halus...kemudian masukkan daun kari, bawang, telor, jintan manis , cabai, garam dan gula..kacau hingga sebati. Kemudian kepal2kan like of UFO shape..then goreng. OK! Ready...

Friday, April 16, 2010

Puluit Durian


Assalamualaikum..I must say today is my lucky day...I was kind of teringin to eat puluit Durian. Then lunch hour tadi my previous assistance who's resigned last year came to see me and bawa puluit durian...adoyaii..marvelous...marvelous..." pucuk dicita ulam mendatang"...Thanks Azreen for sending me my faveret dishes. Here in Perlis I dun know dah when is musim durian because everytime people sell durian..Thank Allah for nikmatnya..."Alhamdulillah"...

Thursday, April 15, 2010

Roti Naan



This recipe was collected from my resepi..please refer from my recepi Ok! Let layanz foto ajalah ok!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anniversary ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

halwa telinga

Followers