Thursday, April 22, 2010

Hummingbird cake




Salam...last night I baked this cakes.
I saw this cake in this blog My kitchen snippets its looked very yummy.
And the ingredients is all already there so me, wait no longer try to bake this cake.
And I'm happy coz the result turn very good.
So to anybody who interested to try you will not be disappointed.
Sedapppp....

Wednesday, April 21, 2010

Tote Bag

My First Tote Bag


Bahagian dalam, x dak kain warna pink..warni pon ok kan..


Assalamualaikum...see my first attempt to make tote bag..hahaha..I ni kena jangkitan dari blog Nannie...look fine to me don't know about you guys..(hahaha fine ka..ahaks...) I made this tote bag for my doter to load her book to go KAFA Class. Hope she will like it. Want to show her tonite. Can't wait to see her reaction. Ngeeee...

Monday, April 19, 2010

Red baby crochet hat and booties

This baby crochet booties and hat was ordered by a friend of mine. She was requested for red and pink colour as she said her baby like bright colour. Here are those items she requested, I have post those item today so tomorrow it will arrive to you. Thanks Dik Na for your support. Hope you like it as much as I do. Ok!


Red Mary Jean Slipper


Red Crochet Hat with Brim

Dinner Semalam

Last night I'm in a good mood. So I have cooked many things. My Boyfriend was the happiest person ever when I'm in a good mood in cooking. Here are my cooking last night...

karipap

Phad Ped Koong (Udang Masak Pedas)

Karipap yang belum di goreng ada lebih so I refrigerated it.

Prawn bakar percik


Most of the recipe above dishes I think most of people know how to cook it. Here I want to share how to cook Phad Ped Koong {Udang Masak Pedas} . Phad Ped is a popular Thai cuisine. Actually the most Popular Phad Ped is Phad Ped Pladuk{ Ikan Keli masak pedas}. I have change it to koong or prawn. The Ingredients are:-

500 Gram of Prawn
4 camca besar of Thai Chili Paste
2 labu Onion (ditumbuk)
3 batang of Lemon grass ( di ketuk)
4 helai dauin Limau Purut ( dihiris nipis)
4 inchi Kunyit Hidup not serbuk ok! (ditumbuk)
2 biji eggplant (dipotong 4)
garam and gula secukup rasa


Caranya:

Tumiskan bawang, apabila agak kuning masukkan thai cili paste. lemon grass, limau purut kunyit. Setelah naik minyaknya masukkan eggplant . Kemudian masukkan prawn yang telah di goreng berasingan terlebih dahulu. Ok siap! Kalau mau pedas boleh tambahkan cili padi...diketuk dan dimasukkan selepas memasukkan terung.

Saturday, April 17, 2010

Masalavade [ masalodeh]


Salam...Last night wat nih..masalodeh. Sedap gak..next time want to do it again, very easy..Still remember dulu2 suka sangat beli nih kat stesen bas Alor Setar , ada mapeley, juey ..sedap sungguh...this time my turn to do it myself..not bad setaraf gak ngan dia..muahahaha..

* Dua gengam kacang parpu {direndam semalamam}
* dua batang daun kari {dileraikan daun dan dipotong halus}
*secamca kecil jintan manis{ditumbuk}
*sebiji bawang besar {dipotong dadu}
*cabai kering/cabai melaka/cabai besaq{ikut rasa sendiri mau pedas ka dak}
*sebiji telor
*garam + gula secukup rasa

cara2nya:-

Kacang parpu dikisar jgn terlalu halus...kemudian masukkan daun kari, bawang, telor, jintan manis , cabai, garam dan gula..kacau hingga sebati. Kemudian kepal2kan like of UFO shape..then goreng. OK! Ready...

Friday, April 16, 2010

Puluit Durian


Assalamualaikum..I must say today is my lucky day...I was kind of teringin to eat puluit Durian. Then lunch hour tadi my previous assistance who's resigned last year came to see me and bawa puluit durian...adoyaii..marvelous...marvelous..." pucuk dicita ulam mendatang"...Thanks Azreen for sending me my faveret dishes. Here in Perlis I dun know dah when is musim durian because everytime people sell durian..Thank Allah for nikmatnya..."Alhamdulillah"...

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Salam pagi Jumaat..

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Thursday, April 15, 2010

Roti Naan



This recipe was collected from my resepi..please refer from my recepi Ok! Let layanz foto ajalah ok!





Air Asam ibu mertua


Ini adalah resepi air asam dari ibu mertua I, she ajar I when we got married for a first week. She said my husben like this kind of air asam..so I think this opportunity that I should't lepaskan.

It is very easy..this air asam can be cicah for nasi daging also.
Bahan2nya adalah:

* bawang besar dihiris nipis2
* cabai melaka ( cili padi) dihiris nipis.
* cabai hidup dihiris nipis
* sebiji tomato dihiris nipis
* shrimp paste
* salt and sugar
* Asam jawa
* sos cili

caranya:-

1. Masukkan barang yang dihiris tadi ke dalam satu bekas.
2. Ambil serba sedikit bahan hirisan tersebut , masukkan ke dlm lesung batu dan tumbuk...masukkan garam, gula dan belacan.
3. Bahan yang ditumbuk tadi dicampur sekali dengan baki hirisan yang ada.
4. Kemudian perah sedikit air asam jawa, dan masukkan sos cili ke dalam mangkuk tersebut.
5. Akhir sekali ambil plastik yg bersih masukkan tgn seperti sarung tangan dan ramas2 bahan tadi..dan siap...ok!

Ikan percik bakar



Salam today I'm going to serve our last night punya menu...sila menjamu mata yer...heheh... this recipe I also use to bakar chicken and meat. This is the recipe:-

(For 10 ekor ikan termenung)

* Lemongrass 3 batang
* Cili Kering 6 tangkai
* Bawang besar 3 biji
* 1/2 Cawan air for blend
* 4 Camca besar sos tomato
* 1 camca besar susu pekat
* 1 Camca kecil Jintan Manis
* Garam dan gula secukup Rasa
* 1/4 Cawan oil for tumis

Cara2nya:-
1. Sediakan Ikannya terlebih dahulu..disiang, di basuh dan toskan.
2. blendkan lemongrass, cili kering, bawang besar and jintan manis.
3. Tumiskan bahan yg telah di blend tadi..agak2 kuning dan naik minyak bolehlah dimasukkan sos cili, susu, gula dan garam..
4. Apabila ia mulai memekat bolehlah ditutup apinya..
5. Apabila campuran tadi mulai suam..bolehlah dimasukkan ikan yg hendak dibakar tadi dan gaul sebati.
6. Now bolehlah dibakar di atas bara api...Ok...jika menggunakan chicken or meat..apabila kuah tadi mulai memekat kita masukkan ayam dan meat agak2 aja ya..jgn sampai masak terus. separuh masak.
7. Kemudian chicken or meat kemudiannya diangkat dan dibakar.
8. Cara ini to ensure our chicken and meat masak cepat dan x keras di dalam..ok!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anniversary ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

halwa telinga

Followers