Wednesday, May 5, 2010

Surat untuk mak...

Assalamulaikum Mak,...

Semasa cheq kecik, cheq selalu dok berangan bila cheq besaq nanti cheq akan kerja bagus2...
Dapat duit banyak2 dan bahagiakan mak dengan limpahan kemewahan.
Dari zaman cheq bersekolah lagi mak bnyk bersabaq dengan kami enam adik beradik.
Mak seorang yang tidak mudah berputus asa dan seorang yang tidak mudah menjatuhkan air mata...sepanjang hidup cheq boleh bilang berapa kali sangat cheq nampak mak mengalirkan ayaq mata...tak kiralah walaupun semasa mak bahagia ataupon dikala mak menderita sakit hati..
Mak merupakan orang yang banyak diuji....namun mak tidak pernah melatah...
Bermula dari mak mula berkahwin mak telah diuji dengan kehadiran sang suami yang gemar berfoya2..walaupun sekarang ayah telah insaf namun bisa, sakit hati...luka yang mendalam pastinya merupakan parut yang sukar disembuhkan.
Tidak cukup dengan itu mak diuji lagi...bahtera yang dilayari walaupon hanya dengan kebahagiaan yang hinggap sekali sekala telah memberikan mak seorang puteri sulung..
Puteri sulung mak tidak seperti anak2 orang lain...beliau kurang normal...dia mengalami sedikit gangguan otak dan beliau membesar sebagai kanak yang agak bodoh2 alang...
Namun.....
Mak x pernah menyesali takdir....
Hari berganti hari ...musim berganti musim...
Ada lagi badai yang masih tidak segan silu menghinggap kehidupan mak..
kali ini puteri mak yang lahir dalam keadaan normal, petah berbicara..comel...pintar...pula ditimpa bencana..
beliau dilanggar kereta semasa melintas jalan...
Walaupun cheq masih belum lahir di ketika dan saat itu...namun menurut saudara terdekat mak tidak pernah mahu menyalahkan takdir.....
Kini kak Zarina kekal sebagai OKU....
dalam menghadapi kepincangan rumah tangga yang tidak pernah jemu bertandang mak dikurniakan dengan 4 orang puteri dan 2 orang putera...
Cheq ingat lagi...dugaan terbesar yang mak hadapi adalah semasa kita berpindah ke sebuah kampung nun utara tanah air..
Seorang jiran yang mak anggap seperti saudara telah menikam mak dari belakang.....
Tega dia bermain mata dengan ayah...
Walaupon mak tahu mengenai ini semua namun mak tidak pernah mahu berbicara mengenainya....
Rahsia mengenai cerita duka mak, mak simpan kemas agar anak tidak rasa tertekan dengan semua ini...
Sehinggalah semua anak-anak telah berjaya dalam hidup masing2 barulah mak mula bertindak mendapatkan hak mak...
mak melawan...melawan dan terus melawan...
Akhirnya......
Mak telah dilepaskan melalui keputusan mahkamah.......
Sekali lagi tidak menitik walau setitis air mata dari mata mak..semuanya diterima dengan tenang..
Kata mak " apa yang berlaku tetap akan berlaku, walau kita menangis bermandikan darah pon semuanya tidak akan berubah..jadi tiada guna menangis"
Sungguh cekal hati mu....
Sekarang bila cheq dah besar walaupun cheq tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada mak seperti yang cheq impikan..namun cheq bahagia dapat memberi sedikit sumbangan sebelum mak dijemput Pencipta......
Semoga Allah memakbulkan doa cheq supaya mak dipanjangkan umur agar cheq dapat berbakti kepada mak...
Sungguh besar pengorbanan mak pada kami semua...semoga Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepada mak Aminnnnn...

Sekian,

dari anakmu yang baru sedar betapa sukarnya bergelar seorang isteri dan ibu..


Selamat Hari Ibu.....

2 comments:

nikiysa said...

sayang makk...

Ann said...

Weh..jumpak jugak hang blog aku noo...Ya lah Yus...sayang mak aku...huhuhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Anniversary ticker

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

halwa telinga

Followers